Modal Sedikit, Pendapatan Lumayan

JIKA lima tahun lalu wanita cekal ini seorang yang pemalu dan sering bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu, namun kini dia berupaya memiliki perniagaan sendiri, sekali gus dapat membantu menjana ekonomi keluarga.

Zarina Zaini, 38, tidak pernah menyangka berupaya tampil sebagai wanita yang mampu membantu meringankan beban suami menguruskan keluarga, berdikari serta berwawasan.

“Saya akui sebelum ini memang perwatakan saya agak pemalu dan penakut kerana walaupun dibesarkan di Kuala Lumpur tetapi saya jarang boleh melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain. Malah saya juga terlalu takut untuk mengambil ujian memandu,” katanya.

Suaminya, Adzam Hashim, 43, yang turut sama menceburi bidang perniagaan berkata, Amway banyak mengubah corak kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya cukup gembira melihat perkembangan isteri selepas terbabit dalam jualan langsung kerana banyak mengubah personalitinya. Lima tahun bukanlah satu masa yang pendek, namun sebagai ahli perniagaan, saya akui bidang ini hanya memerlukan modal yang sedikit tetapi mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya.

Bagi Zarina, melalui Amway, dia mempunyai jaminan pendapatan alternatif yang boleh digunakan untuk menyara mereka sekeluarga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kemudian hari nanti.

“Dalam hidup ini tiada apa pun yang pasti, ada baiknya jika kita memiliki sumber pendapatan alternatif sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sebagai isteri dan ibu, saya perlu menabung dan membuat perancangan masa depan dari awal, apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.
Pada peringkat awal, pasangan Zarina dan Adzam mempunyai pandangan negatif terhadap perniagaan jualan langsung disebabkan pengalaman buruk yang dialami sebelum ini.

Namun selepas mengenali Amway, persepsi mereka berubah. Kini mereka merasakan perniagaan ini bukan saja mampu memberikan perolehan pendapatan yang baik bahkan membantu menjadikan pasangan suami isteri itu lebih berfikiran terbuka, berpengetahuan dan memiliki ramai kenalan.

Zarina berkata, manfaat terbesar diperolehnya selepas menyertai perniagaan ini apabila dia didedahkan dengan pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai kesihatan.

“Kini saya mengetahui mengenai pemakanan anak-anak dan sebagai ibu, saya memantau amalan gaya hidup sihat buat seisi keluarga,” katanya.

Di samping itu, Zarina menyarankan wanita supaya memberi peluang mengenali Amway dan produknya kerana jenama berkenaan mempunyai rangkaian produk yang luas dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Katanya, keluarganya sendiri banyak menggunakan rangkaian produk Nutrilite seperti minuman bertenaga Active 8, Nutri Bifidus dan Nutri Fibre Blend.

“Anak sangat gemarkan rasa Nutrilite Active 8 kerana ia diperbuat daripada pekatan buah-buahan seperti ceri acerola, guava, nanas serta mengandungi vitamin B dan C.

“Kami yakin dengan Amway bukan hanya disebabkan produknya yang berkualiti tetapi kemudahan perniagaan yang disediakan memudahkan suri rumah seperti saya menjalankan perniagaan,” katanya.

Menurutnya, melalui Amway2u.com dia boleh membuat pesanan produk untuk kegunaannya sekeluarga serta pelanggan secara dalam talian dan memantau perkembangan rangkaian dan juga mendapatkan maklumat terkini syarikat serta perniagaan.

“Kebanyakan suami sering berkata, mereka mencari rezeki untuk isteri dan anak tetapi saya katakan itu semua bohong belaka.

“Sebenarnya kita mencari rezeki untuk diri sendiri. Bayangkan jika kita tidak memiliki apa-apa, apa yang hendak kita tinggalkan kerana dalam jualan langsung, isteri tidak boleh mengambil alih perniagaan suami dan sebaliknya,” katanya.

Melalui Amway, sekurang-kurangnya isteri dan anak memiliki sumber pendapatan kukuh sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini kepadanya.

Zarina dan suami kini bergelar Pengedar Terus Platinum Pengasas Amway. Selain itu, Zarina kini mampu memiliki Toyota Vios yang dibeli hasil pendapatannya dengan Amway.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

867 views