Parti Pantai

CANTIK yang menyihatkan begitulah falsafah di sebalik program Musim Panas di Clinique yang menggalakkan penggunaan produk mesra mentari dan pada masa sama, menyediakan panduan gaya hidup yang seronok dan menyihatkan.

Bakal diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon pada 14 Julai ini, parti pantai itu pertama kali diadakan jenama kosmetik terkemuka terbabit.

Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, menyifatkan program berkenaan sebagai satu usaha strategik untuk berhubung dengan pengguna muda yang menyeronokkan dan disenangi golongan ini.

Penemuan jenama terbabit menyatakan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari mengakibatkan hampir semua aspek penuaan pramatang. Tetapi ia tidak bermakna kita harus menjauhi matahari, sebaliknya kita hanya perlu melindungi kulit dengan betul.

“Matahari ialah sumber semua tenaga dan kehidupan. Justeru, program ini bertujuan mendidik pengguna mengenai perlindungan yang selamat daripada matahari. Pada masa sama, mereka dapat menjalani aktiviti menyeronokkan menerusi rangkaian produk Clinique,” katanya.

Pada parti terbabit, pelbagai gerai disediakan untuk menghiburkan pengunjung termasuk perundingan dan petua penjagaan kulit serta panduan solekan.
Menariknya, pencarian dua gadis musim panas Clinique turut diadakan dan mereka berpeluang untuk menjadi gadis penghias majalah berbahasa Inggeris tempatan.

Peserta kenakan solekan oleh jurusolek Clinique, kemudian diambil gambar diikuti sesi uji bakat bagi mencari gadis yang mampu mempamerkan semangat jenama ini.

Tidak ketinggalan, konsert mini artis terkemuka tanah air iaitu Dayang Nuraizah, Diddy Hirdy serta beatboxer, Shawn Lee.

Harga tiket bernilai RM60 yang membolehkan mereka mengunjungi konsert serta menerima cenderahati barangan Clinique.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/06

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

683 views