Pelan Gaya Hidup Sihat
Kadar pesakit diabetes di Malaysia semakin meningkat terutama sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kita turut tersenarai di antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk paling ramai menghidap penyakit ini.
Dengan jumlah penghidap diabetes mencecah 2.6 juta, Abbott mengambil inisiatif memperkenalkan ‘Glucerna Challenge Me’ iaitu program untuk membantu, mendidik dan meningkatkan kualiti hidup pesakit diabetes melalui pemakanan yang betul dan sumber maklumat berguna.
Menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2011, pesakit diabetes di Malaysia dianggarkan meningkat sehingga 21.6 peratus bagi orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas menjelang tahun 2020.
Selain itu, pengabaian terhadap kawalan pemakanan, pengambilan ubat-ubatan dan senaman memburukkan lagi keadaan penyakit dan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain.
Pengarah Perubatan Abbott Nutrition Malaysia, Dr Shaalani Ramachandran berkata, pengurusan diabetes yang efektif amat penting bagi membendung penyakit ini daripada terus berleluasa.
Menurutnya, walaupun kebanyakan individu mengambil langkah berhati-hati dalam pengambilan nutrisi dan pemantauan kesihatan diri secara menyeluruh, penyelidikan dan pengalaman membuktikan pesakit diabetes masih lagi bergelut dengan situasi ini.
“Oleh itu, kami memperkenalkan program ini bagi menyediakan sumber maklumat yang mudah difahami pesakit diabetes untuk dijadikan rujukan lengkap dalam membantu mereka menangani diabetes dan menjalani gaya hidup lebih sihat.
“Program ini membolehkan pesakit diabetes menyediakan pelan mudah membabitkan pelan makanan yang lebih sihat, pemakanan berkhasiat khas dan senaman,” katanya.
Katanya, langkah ini dapat membantu pesakit diabetes mengawal keadaan mereka kerana program terbabit boleh diakses menerusi Internet atau dimuat turun melalui aplikasi peranti mudah alih yang menggunakan iOS dan Android.
“Program ini memaparkan sumber maklumat yang komprehensif untuk membantu pesakit diabetes mengesan paras gula dan kolesterol selain berat badan mereka.
“Pesakit diabetes juga boleh mendapatkan pelan pemakanan sihat berdasarkan keperluan kalori seharian mengikut cita rasa individu, video langkah demi langkah dan pelan senaman yang mampu dilakukan setiap hari,” ujarnya.
Selain itu, program ini turut mengesyorkan pesakit jumlah hidangan makanan berkhasiat khas seperti Glucerna, alatan pengesan yang disesuaikan untuk setiap peserta berdasarkan data peribadi masing-masing dan laporan prestasi yang boleh dikongsi dengan doktor mereka.
Menurut Siti Haslina Sabrini, 41, pesakit diabetes yang menyertai program itu, untuk menangani diabetes di samping menghadapi tuntutan kerja dan komitmen keluarga amat sukar.
“Apabila mengetahui menghidap diabetes, anda mungkin terkejut, takut dan mungkin juga dalam penafian kerana tidak percaya dianugerahkan dengan penyakit ini.
“Pada mulanya mungkin sukar, tetapi perlu ingat bahawa diabetes boleh ditangani dan kita masih boleh menjalani kehidupan seharian. Dulu paras gula saya tinggi dan selalu berasa lesu. Doktor nasihatkan saya banyakkan berehat, tetapi saranan ini sukar dilaksanakan kerana komitmen pada keluarga dan kerja.
“Saya mula melihat perubahan apabila mengubah pengambilan makanan dan gaya hidup. Kini saya dapat menampung komitmen harian dengan lebih baik,” katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini dan memahami cara untuk menangani penyakit diabetes secara berkesan, sila layari www.glucernachallengeme.com.my atau hubungi 1800-88-6233 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang).