Pelembab Gel Tiga Dalam Satu

Bagi sesetengah individu, untuk memiliki kulit bersih dan cantik tidak memerlukan masa terlalu lama, terutama apabila sudah berjumpa produk pilihan sesuai dengan kulit wajah.

Selain pembersih muka, kaum Hawa turut mengambil berat mengenai pemilihan pelembap wajah untuk melindungi kulit seharian.

Terkini, Hado Labo memperkenalkan Perfect Gel yang menawarkan kombinasi esen, pelembap dan topeng wajah sewaktu tidur, semuanya lengkap dalam satu bekas untuk memberikan kulit yang tidak terhidrat.

Oleh kerana teksturnya berbentuk gel, ia amat ringan dan tidak melekit. Gel ini menyerap dan meresap dengan pantas ke dalam kulit lalu menjadikannya lembut dan lembap sepanjang hari.

Ia sesuai digunakan sebagai pelembap pada siang hari dan sebagai topeng wajah sebelum tidur yang bertindak membantu mengekalkan lembapan dan memulihkan keadaan kulit.

Berpegang kepada falsafah Hada Labo Perfect X Simple, gel ini dicipta dengan lima ramuan istimewa untuk memberikan kulit wajah kelembapan pada tahap memuaskan.

Ramuan berkenaan adalah asid hyaluronic, hyaluronic super, hyaluronic nano, kolagen hidrolisis dan seramida yang mengunci lembapan pada kulit, meningkatkan keanjalan dan menyerap lembapan secara berterusan.

Selain itu, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ia mengandungi keseimbangan pH dan bebas alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral.

Pelembap gel ini boleh digunakan selepas membersih dan menyapu losen pada bahagian muka dan leher. Lapisan nipis diperlukan pada waktu siang manakala lapisan lebih tebal harus disapu pada wajah apabila mahu menggunakannya sebagai topeng wajah sebelum tidur.

Hada Labo Perfect Gel (80 gram) boleh didapati di semua farmasi utama seluruh negara mulai bulan ini pada harga RM85.90.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,751 views