Peluang Jadi Model
DUA haruman terkini buat si jejaka juga si gadis daripada jenama terkenal Playboy dilancarkan, baru-baru ini untuk penggemarnya.
Playboy VIP For Her ciptaan Juliette Karagueuzoglo untuk gadis anggun tetapi nakal dan mampu membuat setiap lelaki terpesona dengan gaya dan keanggunannya.
Fabrice Pellegrin pula menghasilkan Playboy VIP For Him yang mencerminkan gaya lelaki moden dengan personaliti dan karisma mengusik kalbu.
Sempena pelancaran wangian itu, StarAsia Malaysia, pengedar tunggal wangian Playboy VIP di Malaysia, menganjurkan peraduan ‘Do You Aspire To Be a Top Model’.
Ia menawarkan peluang kepada 10 finalis untuk mengikuti kursus pengenalan kepada peragaan profesional daripada Akademi Amber Chia.
Hadiah utama bagi peraduan itu berupa kursus peragaan seminggu oleh Storm Modeling Management di London, United Kingdom. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.playboyantm.com.my.
Playboy VIP For Him dan For Her kini boleh didapati di gedung beli-belah utama.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21