Penghargaan Buat Isteri

“IBU meninggal dunia sejak 25 tahun lalu kerana sakit jantung. Rasa kesepian dibesarkan tanpa belaian ibu membuatkan saya lebih menghargai kasih sayang wanita yang hadir dalam hidup ini.

“Ketika itu, saya berusia 20 tahun dan dibesarkan oleh ayah sendirian. Memandangkan saya anak keempat daripada enam adik-beradik dan adik di bawah saya adalah perempuan, ia membuatkan kehilangan ibu amat dirasai.

“Ia ditambah dengan tanggungjawab untuk menjaga dua adik perempuan saya yang ketika itu masih bersekolah,” kata Sabarudin Mohd Sharif, 44, dari Balakong, Sri Kembangan.

Sabarudin menambah, disebabkan tidak mendapat belaian kasih sayang seorang ibu di usia muda, dia berusaha untuk memberi kegembiraan kepada wanita yang disayangi.

“Bagi menghargai kasih sayang isteri yang banyak membantu dalam hidup ini, saya tergerak hati untuk menyertai peraduan yang menawarkan hadiah menarik kepadanya.

“Ketika itu, terdetik rasa untuk menyertai peraduan Terima Kasih, Mama! setelah terlihat mengenainya di akhbar dan ingin mencuba. Siapa sangka rezeki menyebelahi saya.

“Disebabkan soalannya tidak sukar dan hanya perlu mengira dengan betul jumlah bunga mawar yang ditunjukkan bagi memenangi hadiah lumayan, saya lebih tertarik untuk menyertainya.

“Selepas dipanggil untuk menerima hadiah yang dimenangi, saya menyerahkannya kepada isteri tersayang (Nurhashimah Hashim, 35) bersempena sambutan Hari Ibu tahun ini,” jelasnya yang menerima subang berlian bernilai RM5,223 selepas berjaya menjawab soalan.

Sabarudin adalah antara pemenang minggu pertama untuk peraduan Terima Kasih, Mama! Kasihmu Bak Kilauan Berlian! yang dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.

Peraduan yang bermula pada 30 April hingga 10 Jun itu menawarkan hadiah menarik seperti subang, loket dan cincin berlian bersempena Hari Ibu kepada pelanggan setianya.

Sementara itu, menurut Ng Yeem Yoon, 53, dari Kuala Lumpur yang turut memenangi hadiah subang berlian pada minggu pertama, berkongsi keseronokan apabila dipanggil untuk menerima hadiah selepas berjaya menjawab soalan ditetapkan.

Menurut Ng, apabila terpandang peraduan yang menawarkan hadiah menarik, dia segera menyuruh anak perempuannya, Lee Thong Thong, 35, untuk membantu.

“Saya banyak membeli barangan jenama terbabit dan ia membuatkan hati berasa gembira untuk menyertai peraduan yang mereka anjurkan.

“Disebabkan tidak begitu mahir untuk menulis, anak perempuan saya yang banyak membantu untuk menjawab setiap soalan.

“Selain itu, keinginan yang tinggi untuk memenangi hadiah bernilai iaitu subang berlian juga membuatkan saya bersungguh-sungguh untuk menyuruh anak membantu.

“Kini, saya berasa sungguh gembira kerana dapat menghadiahkan diri sendiri dengan hadiah yang dimenangi. Namun, bertambah seronok apabila ia adalah peraduan pertama yang disertai,” katanya selepas menerima subang berlian bernilai RM5,223, baru-baru ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertainya, masih belum terlambat. Hanya layari www.colgate-terimakasihmama.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan berkenaan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

885 views