Penting Solekan Serasi

BAGI wanita yang memiliki kulit wajah halus dan mulus tanpa sebarang cela, ia dianggap satu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya.

Namun, bagi sebahagian wanita yang memiliki ton kulit tidak sekata, kusam atau berjerawat misalnya, masalah ini barangkali membuatkan mereka berasa rendah diri setiap kali mahu berdepan dengan orang ramai.

Atas pelbagai sebab, kulit wajah kita boleh mengalami masalah. Antaranya disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu, pemakanan, gaya hidup dan keturunan.

Faktor itu boleh menyebabkan tompok kasar wujud di dataran kulit lalu menjadikan ton kulit wajah kita tidak sekata. Apabila terjadi masalah ini, seri wajah tidak dapat dipancarkan secara keseluruhan, sekali gus menyebabkan kulit kelihatan berbelak-belak, bertompok, kusam dan malap.

Justeru, untuk berhadapan dengan masalah berkenaan, wanita menggunakan alat solek terutama bedak asas bagi menutup cela yang tidak diingini sebagai jalan paling selamat dan mudah.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil yang sempurna, pemilihan produk memainkan peranan penting supaya teknik solekan yang dikenakan empunya diri bertepatan seterusnya boleh tampil lebih yakin dan anggun memukau.

Untuk mendapatkan solekan wajah yang bersih dan sekata, pemilihan bedak asas bersesuaian dengan warna dan jenis kulit sangat penting. Ini kerana, kita pasti tidak mahu wajah kelihatan bertompok di bawah sinaran matahari ataupun kulit bertukar warna menjadi kelabu asap.

Antara jenis bedak asas yang boleh didapati di pasaran ketika ini seperti bedak padat, cecair, mousse, semburan dan krim. Tidak kira apa juga jenis bedak asas yang diguna, ia bertujuan menampakkan wajah lebih semula jadi, seakan-akan tidak bersolek dan bertindak menutup masalah kulit.

Menyedari permintaan wanita yang sentiasa mengimpikan solekan serasi, produk kecantikan dan penjagaan kulit, Maybelline New York (Maybelline) tidak ketinggalan tampil dengan Maybelline New York Pure Minerals BB Mousse iaitu krim asas pelbagai fungsi.

Melalui olesan produk terbaru ini, ia mampu menaikkan seri wajah sekali gus menampilkan ilusi kulit wajah yang sihat, ceria, menarik dan menawan.

Dihasilkan dalam formulasi mousse, produk ini membuatkan adunan pada kulit wajah secara rata dan halus pada satu kali sapuan saja.

Produk ini juga dirasakan lebih ringan pada wajah berbanding bedak asas jenis cecair yang memerlukan sapuan lebih tebal dan menyebabkan liang kulit tersumbat sekiranya tidak dibersihkan secara sempurna.

Kini, dengan Maybelline New York Pure Minerals BB Mousse, ia memudahkan pengguna meratakannya ke seluruh wajah kerana jisimnya yang ringan dan licin.
Sesiapa saja boleh melakukannya walaupun mereka mungkin pengguna bedak asas buat kali pertama.

Caranya mudah, hanya perlu mengepam Maybelline New York Pure Minerals BB Mousse ke tapak tangan, sapukannya ke seluruh wajah dan rasakan kelembutannya yang akan mencair ke dalam kulit wajah untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan.

Menggunakan formula Air Micro Bubble, ia memberikan liputan sempurna berbanding krim BB yang lain. Mousse yang seakan-akan buih ini dengan mudahnya menyerap ke dalam pigmen kulit untuk membantu mengurangkan perbezaan antara lapisan dalam dan luar liang kulit.

Ia juga mewujudkan kecerahan kulit yang lebih berseri, menawan dan sihat sepanjang hari.

Ujian klinikal yang dilakukan mendapati, 57 peratus wanita mengalami pengurangan liang kulit wajah yang jelas kelihatan, 60 peratus pula mengalami peningkatan dalam tahap kelicinan kulit manakala 67 peratus lagi menyatakan kulit mereka berasa lebih lembut daripada sebelum ini.

Selain itu, ia dilengkapi dengan SPF30/PA+++ perlindungan sinaran ultraungu (UV). Sesuai untuk semua jenis wajah, Maybelline New York Pure Minerals BB Mousse boleh didapati di semua kaunter Maybelline di seluruh negara pada harga RM54.90.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,101 views