Pilihan Cenderahati Istimewa

Setiap kali berkunjung ke pusat beli-belah, jika terpandang kedai yang satu ini, pasti kaki penulis akan melangkah masuk.

Bukan tujuan mahu membeli barangannya, tetapi melihat-lihat saja sudah mencukupi. Ini kerana barangan cenderahati yang disediakan di situ amat menarik, comel dan cantik belaka.

Kedai yang dimaksudkan ialah Memory Lane yang menawarkan pelbagai barangan cenderahati sempena majlis hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan pelbagai acara lagi.

Sempena kedatangan hari kekasih tidak lama lagi, Memory Lane turut menyediakan tawaran menarik untuk pelanggan. Tanpa perlu berkunjung ke kedainya juga anda boleh membeli apa yang dihajati menerusi laman web terbarunya di www.memorylane.com.my.

Di situ, pilih saja pelbagai reka bentuk belon, kad ucapan, anak patung, bing-kai gambar dan bermacam-macam lagi untuk dijadikan hadiah sempena hari istimewa itu.

Bukan saja kepada kekasih, hadiah berkenaan turut sesuai diberi kepada ibu tersayang, adik perempuan, kakak, malah ayah sekalipun.

Tambah mudah apabila selesai memilih dan membeli barangan kegemaran, perkhidmatan penghantaran oleh pihak Memory Lane ada disediakan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,044 views