Pilihan Warna Mekap Kena Padan

Tiada istilah betul atau salah dalam solekan kerana ia bergantung sepenuhnya pada kreativiti jurusolek.

Bagi Ady Razak, dia menggunakan pendekatan teknik seni pada gaya mekap yang diketengahkan. Untuk memastikan ia menepati riasan wajah diingini, dia turut menggunakan konsep lakaran pada kanvas sebagai panduan untuk menghasilkan gaya mekap lebih menyerlah.

Lazimnya dia membayangkan wajah seseorang itu sebagai kanvas yang perlu diwarnakan bagi menonjolkan kelebihan satu-satu bentuk wajah.

“Paling penting untuk menghasilkan lukisan yang menarik, gabungan serta padanan warna digunakan perlulah sekata.

“Tidak perlu keterlaluan, cukup sekadar memberikan sapuan asas agar lapisan warna mekap digunakan tahan lebih lama. Saya percaya pada konsep warna minimum dan solekan tidak perlu tebal terutama di bahagian tidak bermasalah,” katanya yang banyak memberi tumpuan pada penggunaan warna asas dan menyerlahkan bahagian mata.

Pada masa sama, pemilihan warna mekap perlu disesuaikan dengan majlis serta warna tema baju.

Panduan melukis kening

Apabila melukis kening buat paksi bahagian atas terlebih dulu kemudian sambungkan dengan garisan paksi bawah dan cantumkan kedua-dua garisan apabila menghampiri bahagian hujung bulu kening. Pastikan mata pensel penggaris bulu kening digunakan leper untuk memudahkan lakaran garisan.

Pastikan tajam hujung bulu kening berada pada sudut 45 darjah dari ukuran hujung hidung hingga bulu kening.

Gunakan pensel penggaris bulu kening berwarna coklat dan warnakan bahagian dalam garisan disediakan dan kemaskan menggunakan maskara juga berwarna coklat untuk solekan lebih semula jadi.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

567 views