Produk Antipenuaan Guna Teknologi Tenaga Kulit

Apabila usia semakin meningkat, antara perkara yang ditakuti golongan wanita adalah tanda awal penuaan seperti garis halus dan kedutan yang jelas kelihatan di wajah terutamanya di tepi mulut dan sekitar mata.

Lantas, mereka akan memilih pelbagai produk di pasaran yang boleh dicuba bagi melambat atau mengurangkan tanda penuaan itu.

Bagi membantu kaum Hawa, jenama penjagaan wajah Olay memperkenalkan rangkaian produk antipenuaan dikenali Olay Regenerist Generasi Baru yang terdiri daripada Eye Lash Duo, Serum Micro Sculpting, Losen UV dan Krim Micro Sculpting UV (SPF30).

Formulasi produk ini dihasilkan menerusi teknologi tenaga kulit untuk menghalang kulit kelihatan lemah sebaliknya meningkatkan penjanaan semula permukaan kulit.

Saintis di Olay mengaplikasi penemuan terbaru ini untuk memahami mengenai proses penuaan kulit dan penjagaannya agar dapat memberi jalan penyelesaian kepada wanita yang risau dengan masalah dialami.

Profesor Dermatologi Molekular di Newcastle University Institute of Cellular Medicine, University of Newcastle, United Kingdom, Profesor Mark Birch-Machin berkata, dalam dekad yang lalu, sains menyaksikan revolusi dalam bidang Biotenaga Sel iaitu proses penghasilan dan penggunaan tenaga oleh sel.

Kajian mendalam ini menunjukkan proses penuaan mengurangkan keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga dan melawan tekanan menjadikannya ia mudah tua.

Justeru, menerusi kajian sains Biotenaga Sel kepada produk penjagaan kulit, saintis di Olay menemukan pula teori kelemahan kulit yang menyatakan bahawa kulit tua kurang responsif terhadap bahan antipenuaan berikutan tenaga dalam sel berkurangan setiap hari.

Berbekalkan pengetahuan ini, Olay merumus semula bahan kompleks aminopeptida dengan teknologi tenaga sel untuk meningkatkan tindak balas terhadap bahan antipenuaan.

Ia mengandungi gabungan tiga bahan antipenuaan terdiri daripada Olivem, Niacinamide dan Pal-KTTKS selain formulasi ini dioptimumkan untuk 55 peratus meresap ke dalam kulit.

Semua produk Olay Regenerist Generasi Baru ini boleh didapati di farmasi terkemuka dan pasar raya mulai bulan ini.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

843 views