Produk Berkualiti Amway Pikat Tarmizi
DIBESARKAN dalam kehidupan keluarga berniaga, ditambah pula dengan kesukaran untuk mendapat pekerjaan diimpikan, membuatkan anak muda, Mohamad Tarmizi A Kadir, 26, meletakkan matlamat hidupnya untuk memiliki perniagaan sendiri dan tidak berhasrat untuk terus makan gaji.
“Dulu, jika orang bertanyakan apa cita-cita saya, jawapan saya cukup mudah iaitu mahu menjadi orang kaya dan ingin berdikari tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa.
“Selepas menamatkan pengajian, pelbagai bidang kerjaya saya ceburi malah, sambil bekerja saya turut membuka kedai telefon bimbit,” katanya.
Kemudian, Mohamad Tarmizi mula menceburi syarikat jualan langsung, Amway pada 2009 dan sejak itu menjadi titik permulaan kehidupan baru baginya yang kini bergelar usahawan.
Pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal ini mula menyedari peluang yang diperoleh melalui Amway bukan saja mampu memberikan bentuk perniagaan yang baik malah produk keluarannya juga berkualiti dan keadaan itu menambahkan keyakinannya untuk terus berjaya.
“Kehidupan di kota sememangnya sibuk dan masa sesuatu yang amat berharga. Oleh itu, gaya hidup saya yang pantas mestilah diimbangi dengan penjagaan kesihatan diri supaya impian saya kesampaian.
“Rutin harian saya sebelum ini amat membosankan jika dibandingkan dengan keadaan kini kerana saya hanya bekerja empat hingga enam jam sehari saja dan pastinya tanpa kesihatan dan keyakinan diri, kejayaan yang ingin dikecapi itu pastinya tidak bermakna,” katanya.
Mohamad Tarmizi berkata, walaupun baru menjadi pengedar Amway selama dua tahun tetapi dia percaya dengan jaminan kualiti produk yang diketengahkan jenama itu.
“Sepanjang mengendalikan jenama ini produk paling digemari adalah NUTRILITETM.
NUTRILTETM All Plant Protein mengandungi kualiti protein tinggi yang dapat mengimbangi kolesterol dalam badan dan proses penyediaannya amat mudah selain rendah gula dan kolesterol.
“Selain itu, keyakinan diri juga mempengaruhi tingkah laku dan cara kita berinteraksi dengan orang lain dan pemilihan produk berkualiti seperti semburan mulut Glister Mint Refresher mampu menghapuskan nafas berbau dan kekal lama dalam mulut selain tanpa gula.
“Produk ini sesuai dibawa ke mana saja kerana ringan serta mudah diletakkan dalam poket,” katanya.
Menurutnya, Body Series Deodorant and Anti Perspirant Roll On adalah produk berkesan bagi melindungi badan daripada bau kurang menyenangkan serta kebasahan yang kekal selama 48 jam.
“Deodoran ini mengandungi cecair pekat dan pengguna hanya perlu menggunakan sedikit saja produk mesra alam ini tetapi kesannya amat ketara.
“Produk ini pastinya berpadanan dengan gaya hidup generasi Y yang aktif dan lasak sepanjang masa,” katanya.
Di samping itu, katanya pengalaman menjalankan aktiviti perniagaan Amway membuatkannya sentiasa berfikiran positif kerana turut dikelilingi rakan kongsi yang bersama-sama bersaing untuk meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik.
Katanya, dia amat menghargai waktu yang diperuntukkan bagi mengukuhkan diri dalam perniagaan ini kerana banyak masa boleh diluangkan untuk dirinya sendiri selain menjadi sumber pendapatan kukuh.