Pusat Sehenti Kelengkapan Keluarga
Pelbagai kelengkapan seisi keluarga boleh didapati di bawah satu bumbung di gedung pasar raya terkemuka, Metrojaya, antaranya koleksi pakaian terkini, barangan rumah serta aksesori yang pasti memikat hati.
Antara jenama yang boleh didapati ialah Somerset Bay yang menyediakan pelbagai rekaan menarik untuk wanita seperti baju kurung tradisional, kebaya serta koleksi baju moden yang sarat dengan elemen Timur Tengah.
Kebanyakan rekaannya menggunakan fabrik organza bersama renda sulam dan bercorak bunga-bungaan dengan kombinasi warna ungu, pic serta hijau.
Bagi yang menggemari rekaan kebaya ala Nyonya, himpunan terbaru daripada jenama Passages perlu berada dalam simpanan.
Berbeza daripada jenama lain, koleksi berkenaan menggunakan fabrik kapas dan linen yang cukup selesa meskipun dipakai dalam cuaca panas. Kebaya pendek berkenaan lebih menarik jika digayakan bersama skirt labuh potongan duyung.
Koleksi jenama terkenal East India Company (EIC) juga tidak kurang menarik untuk dijadikan pilihan. Ia menyediakan pelbagai rekaan pakaian kasual siap dipakai yang diilhamkan daripada kebudayaan masyarakat Maghribi.
Penggunaan fabrik corak geometri serta sulaman menambah gaya penampilan. Begitupun, jika mahu tampil penuh anggun pada lebaran nanti, rekaan baju labuh daripada label Zona juga tidak kurang menarik.
Bimbang mengenai persiapan untuk si kecil? Jangan risau kerana ada pelbagai jenama untuk kanak-kanak.
Antaranya Cape Cod, Poya serta Deea yang menyediakan pelbagai koleksi baju tradisional dan kasual moden untuk si kecil.
Untuk persiapan rumah pula, Living Quarters menyediakan pelbagai peralatan dan perhiasan rumah menarik.