Rak Buku: Demi Menagih Kasih Ayah

Tengku Aqilah, anak yang disisih bapa kandung sendiri. Tengku Hisham berterusan menyalahkan anak bongsunya itu sebagai punca kematian isterinya.

Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri.

Selepas tamat belajar dia berhajat kembali semula ke pangkuan keluarganya. Namun, kepulangannya membuka tirai luka dalam hidupnya.

Dendam Tengku Natasha terhadap adiknya, Tengku Aqilah, tidak pernah padam. Dia menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu di syarikat milik keluarga mereka.

Namun, demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris-Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus.

Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih daripada bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?

INFO:

Judul: Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Harga: RM26.90 / RM29.90 (Sabah/Sarawak)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,706 views