Rak Buku: Pencarian Sejarah Keluarga

Christof, Christophe, Christoper dan Cristofol empat beradik satu bapa berlainan ibu. Namun, mereka saling tidak mengetahui kewujudan masing-masing.

Mereka menjalani kehidupan di Frankfurt, Paris, London serta Barcelona dan hanya satu perkara yang menghubungkan mereka si bapa, Gabriel Delacruz meninggalkan mereka ketika masih bayi.

Beberapa tahun selepas itu, apabila Gabriel diisytiharkan hilang, empat beradik ini bertemu buat pertama kali dan berusaha menyelesaikan persoalan mereka mengenai Gabriel.

Terpisah oleh garisan geografi, tapi disambungkan menerusi ikatan persaudaraan, empat beradik ini memulakan pencarian sejarah keluarga yang menyakitkan, menggembirakan, lucu malah mengagumkan.

Mereka berjaya menemui seorang lelaki, pemandu trak yang pernah bekerja dengan Gabriel, di Franco, Sepanyol, yang kemudiannya memberikan sedikit harapan mengenai kisah silam mereka.

INFO:

Judul: Lost Luggage
Penulis: Jordi Punti
Penerbit: Short Books Ltd
Harga: RM 39.95

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

444 views