Rekaan Moden Kontemporari
DARIPADA penampilan sehingga dekorasi rumah, sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini lebih bermakna dengan barang hiasan berkualiti, tradisional serta moden yang ditampilkan Metrojaya.
Sebagai memenuhi permintaan wanita yang ingin tampil berseri daripada segenap isi rumah, bahagian kelengkapan rumah gedung beli-belah ini menyediakan pelbagai produk sama ada untuk hiasan ruang tamu, meja makan, meja kopi sehingga bilik tidur dengan rekaan moden kontemporari.
Inilah masanya anda memiliki hidangan set minum teh dengan lakaran bunga sakura, bahagian lapik kusyen, lampu meja, bunga hiasan, pasu porselin dan alas meja berkonsepkan warna terang dan ceria sama ada polos atau bercorak.
Setiap satunya sesuai untuk setiap sudut rumah bagi menjadikan ruang lebih santai, sesedap mata memandang. Apa yang penting kehadiran tetamu akan lebih bermakna dan memberikan rasa serta suasana berbeza.