Risiko Hilang Anggota Tubuh

Ramai beranggapan penyakit periferi arteri (PAD) tidak berbahaya lantas ia sering dipandang remeh, malah penghidapnya tidak berusaha untuk mendapatkan rawatan awal.

Namun sebenarnya pe-nyakit ini dianggap pembunuh senyap, malah lebih berbahaya berbanding kanser jika tidak menerima rawatan dengan betul. Apa tidaknya, penghidapnya boleh meninggal dunia dalam masa singkat dan kehilangan anggota badan penting.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Haizal Haron Kamar berkata, pada tahun pertama jangkitan ini, ia boleh menyebabkan kira-kira 25 peratus pesakit meninggal dunia dan 25 peratus lagi kehilangan anggota penting iaitu kaki.

Ini disebabkan pesakit mengambil mudah berkenaan penyakit ini apabila menganggapnya tidak berbahaya kepada nyawa mereka.

“Jika pesakit menghidap penyakit ini iaitu mengalami lenguh atau sakit di bahagian paha dan betis walaupun tanpa berjalan atau melakukan aktiviti harian yang penat, ini satu simptom awal.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, saya sarankan mereka berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan sepatutnya bagi mengelakkan keadaan lebih teruk iaitu kehilangan ang-gota tubuh atau meninggal dunia,” katanya.

Rawatan awal membantu pesakit dan membolehkan mereka sembuh sepenuh-nya untuk menjalani kehidupan normal.

Ramai menganggap pe-nyakit ini tidak berbahaya kerana berpendapat sakit jantung dan angin ahmar (strok) lebih bahaya kerana mendapat banyak pendedahan serta dikategorikan sebagai pembunuh.

Selepas tahu menghidap penyakit ini, mereka lebih berhati-hati dengan mengambil ubat secara teratur kerana bimbang ia menjadi lebih buruk dan meragut nyawa.

Bagaimanapun, ramai kurang sedar bahawa penyakit PAD juga amat berbahaya kerana boleh membunuh nyawa secara senyap berbanding kanser dan diumpamakan sebagai penyakit kanser usus.

Pesakit juga perlu dijaga dengan rapi supaya keadaan tidak menjadi lebih parah dan menyebabkan kematian kerana ia sebenarnya boleh dirawat serta sembuh sepenuhnya.

Dr Haizal berkata, jika penyumbatan saluran darah di koronari (arteri yang membekalkan darah ke otot jantung) akan menyebab-kan penyakit jantung dan di kepala pula menyebabkan angin ahmar.

Penyumbatan darah di bahagian kaki akan me-nyebabkan penyakit vaskular periferi.

Penyakit ini amat berbahaya jika tidak dirawat kerana akan menyebabkan rasa sakit berpanjangan pada anggota itu sebelum kesan gangren (lebam atau hitam). Ini memaksa ang-gota tubuh dipotong untuk mengelakkannya menjadi lebih teruk.

Ia juga akan menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik kerana pe-nyumbatan di bahagian tertentu.

“Dalam 10,000 orang yang menghidap kencing manis, mereka mempunyai reputasi untuk menghidap penyakit ini iaitu menyebabkan luka di bahagian kaki yang sukar sembuh dan mengambil masa terlalu lama.

“Jika tempoh melebihi seminggu dan lebam di kaki tidak hilang, mereka disarankan untuk membuang anggota berkenaan kerana bimbang akan merebak ke bahagian lain.

“Namun, membuang bahagian yang bermasalah itu bukan jalan penyelesaiannya kerana berkemungkinan saluran yang tersumbat itu masih kekal dan akan menyebabkan bahagian lain mengalami masalah sama,” katanya.

Beliau menyarankan supaya pesakit menjalani rawatan dengan betul untuk mengenal pasti bahagian yang tersumbat dan mendapat rawatan khas.

Bagi menghilangkan kesan tersumbat itu, beberapa rawatan dilakukan iaitu memasukkan belon atau besi khas ke dalam bahagian berkenaan yang akan membuka ruang untuk pengaliran darah dengan betul.

Rawatan ini membantu pesakit sembuh dan bahagian luka itu akan hilang dalam masa yang ditetap-kan. Malah penghidapnya juga bebas daripada penyakit ini jika menjaga kesihatan mereka dengan baik dan teratur bersama nasihat pakar perubatan.

Paling penting adalah kesedaran masyarakat kerana ramai tidak tahu bahawa penyakit ini boleh dirawat pada peringkat awal apabila kaki dapat diselamatkan tanpa dipotong.

Kebanyakan mereka yang kehilangan anggota selepas dipotong mempunyai peratusan tinggi untuk meninggal dunia kerana mengalami jangkitan kuman di bahagian jantung.

Mereka yang kehilangan kaki juga mungkin mengalami tekanan kerana tidak dapat bergerak bebas dan melakukan pekerjaan rutin dengan cepat menyebabkan mereka kurang bergerak serta terdedah kepada pe-nyakit lain.

Melihat keadaan kaki yang lebam atau hitam, ada yang mengambil keputusan memotong kaki. namun ia satu kesilapan kerana ia boleh sembuh seperti biasa dengan rawatan khas.

Bukan saja menyebab-kan kehilangan kaki, malah ia berisiko untuk merebak kepada kedua-dua kaki.

Antara simptom penyakit:

Penyempitan di bahagian kaki iaitu akan menyebabkan penghidap merasa sakit terutama di bahagian paha dan betis seperti berasa ditekan. Dalam masa lima minit ia akan hilang, tetapi akan datang balik dan berasa sakit semula.

Walaupun tidak berjalan, pesakit tetap berasa sakit atau sakit datang secara tiba-tiba ketika sedang berehat. Ia adalah ketidaksempurnaan di bahagian kaki kerana kekurangan darah di anggota berkenaan.

Luka atau ulser di kaki tidak sembuh dalam tempoh ditetapkan dan berpanjangan kerana darah tidak sampai dan tiada zat di bahagian itu. Seterusnya ia menyebabkan bahagian itu hitam atau lebam.

Jika tidak dirawat de-ngan cepat, pesakit akan kehilangan anggota tubuh yang terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman. Risiko kehilangan anggota amat tinggi.

Bahagian biasa terkena jangkitan:

Biasanya ia berlaku di bahagian hujung kaki dan risiko penyumbatan kepada pesakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tidak normal, perokok, obesiti, kurang bersenam dan sejarah keluarga.

Bagi mereka yang mempunyai risiko terdedah kepada penyakit ini, perlu berjaga-jaga.

Rawatan

Ubah cara hidup iaitu tidak merokok bagi perokok tegar yang lebih terdedah dan bahaya kerana sukar sembuh.

Gaya pemakanan tidak elok atau tidak sihat juga perlu diubah. Pesakit kencing manis dan penyakit lain perlu di kawal dengan mengambil ubat-ubatan disarankan dan melakukan senaman mengikut masa ditetapkan.

Bagi mereka mempunyai kolesterol tinggi perlu mengawalnya kerana penyakit ini akan mengecilkan perjalanan darah ke anggota penting.

Pembedahan pintasan iaitu memasukkan jarum ke dalam bahagian tersumbat untuk membantu membuka saluran.

Angioplasti belon akan dimasukkan ke bahagian tertentu dengan cara belon ditiup yang dapat membesarkan saluran.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

688 views