Rutin Harian Untuk Bentuk Badan Menarik

Setiap wanita memang inginkan badan cantik dan langsing dengan pinggang ramping serta potongan pinggul dan paha menawan.

Selain penggunaan produk kecantikan yang mensasarkan pada bahagian tubuh bermasalah, apa kata lakukan secara semula jadi dengan mengamalkan beberapa panduan mudah untuk mendapatkan bentuk badan diingini.

Berikut beberapa petua serta panduan gaya hidup yang boleh diamalkan untuk memperoleh bentuk badan menarik:

Kurangkan saiz hidangan makanan

Sesiapa saja cenderung makan berlebihan terutama pada waktu makan malam.

Justeru, cuba habiskan hanya tiga suku hidangan makanan dan bungkus bakinya untuk dimakan keesokan hari.

Dengan cara ini, kita tidak rasa bersalah kerana membazirkan makanan malah boleh menjimatkan wang.

Minum air

Jus buah-buahan, minuman ringan dan kopi susu yang menjadi minuman kegemaran mengandungi banyak kalori tersembunyi, terutama jika dinikmati beberapa kali sehari.

Air kosong pilihan lebih menyihatkan, tetapi jika ingin menambah sedikit perasa, tambahkan hirisan lemon atau epal.

Lakukan yoga

Yoga sesuai untuk mereka yang baru mula bersenam.

Ia meregangkan semua otot yang kurang digunakan, jadi boleh menjauhkan masalah sakit belakang dan mula menampakkan tangan, paha dan perut yang lebih kental.

Mulakan rutin senaman selama 30 minit tiga kali seminggu.

Tidur awal

Kekurangan tidur boleh menyebabkan kenaikan berat badan?

Kurang tidur juga mengganggu metabolisme, oleh itu lelapkan mata sebelum jam 12 tengah malam (bukan 1 pagi) untuk mendapat tempoh tidur yang mencukupi dan badan juga dapat pulih secara semula jadi ketika tidur.

Urut badan

Sekali dalam sebulan, manjakan diri dengan rawatan urut badan untuk merangsang peredaran darah.

Misalnya, kita juga boleh manfaatkan sepenuhnya krim pelangsingan kegemaran dengan mengurut badan menggunakan penggelek genggam sehingga krim diserap sepenuhnya.

Bagi memenuhi kehendak wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik, jenama kecantikan Loccitane memperkenalkan dua produk edisi terhad dalam rangkaian Almond Body Care iaitu krim Beautiful Shape dan krim Shaping Delight.

Almond Beautiful Shape membantu mencegah penyimpanan lemak serta mengurangkan kemunculan selulit.

Teksturnya tidak melekit, dengan haruman buah sitrus menyegarkan sesuai digunakan untuk melicinkan kulit.

Selain itu, krim Almond Shaping Delight diperkaya dengan kompleks putik badan dan mawar yang dipatenkan, dirumus khas untuk mencantikkan bentuk badan.

Cara penggunaannya cukup mudah iaitu dengan menyapukan krim berkenaan pada seluruh badan menggunakan pergerakan membulat ke atas. Ia membantu untuk melangsing, menegang dan menyerlahkan bentuk badan sambil menjadikan kulit licin.

Bagi memulihkan kaki yang lesu, boleh menggunakan krim kaki Almond. Diperkaya dengan susu almond dan mentega shea yang membantu memulihkan tumit merekah dan menangani masalah kekeringan.

Minyak pati pudina pula memberikan kesegaran untuk menghilangkan kepenatan kaki. Hanya urut pada kaki kemudian pakai sarung kaki yang lembut.

Krim Almond Smooth Hands pula diperkaya dengan susu badam yang melembut dan melicinkan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

399 views