Selendang Mudah Dipadan

Perkembangan gaya Muslimah mengikut aliran fesyen semasa memberi idea wanita untuk terus menyerlahkan penampilan menarik.

Menonjolkan pelbagai penampilan santai dengan rona terang, ia sesuai untuk mereka yang mahu bergaya ceria dan segar.

Menerusi rona terang selain penampilan kemas dan anggun dipandang, ia juga sesuai untuk bergaya ketika bersantai.

Asalkan tahu teknik menggabungkan warna yang tidak boleh melebihi tiga rona berbeza dan punya keberanian dalam bergaya, ia sudah cukup

membuatkan penampilan tampak senada.

Begitulah antara trend digayakan dalam satu majlis peragaan bertemakan gaya Muslimah Hijabista diadakan di Universiti Utara Malaysia, Kedah, baru-baru.

Memandangkan kini ramai yang berani menggayakan fesyen tanpa memikirkan gandingan rona, penampilan koleksi tudung daripada Shawls@Ayucinta ini memberi sedikit kelainan.

Jika dulu warna tudung atau selendang perlu sama dengan baju digayakan, arus perubahan fesyen kini menyaksikan kecenderungan menggabungkan rona berlainan.

Bersesuaian dengan konsep diketengahkan, butik secara dalam talian berkenaan turut menghasilkan beberapa jenis selendang terkini termasuk Qaira Printed, Qaira, Paddle dan Dewi.

Pelbagai pilihan selendang diperkenalkannya bukan saja mementingkan keselesaan tetapi memudahkan si pemakai memadankan dengan busana digayakan.

Tambah menarik apabila gaya tudung dan selendang turut menitikberatkan solekan bersesuaian.

Untuk menambah keceriaan, solekan yang sedikit tebal seperti diketengahkan jurusolek daripada NLF Make Up itu banyak memberi penekanan kepada konsep ala Arab.

Solekan yang memberi fokus di bahagian mata dan pemilihan rona gincu itu bertujuan menampilkan olesan wajah yang sempurna di sebalik gaya menawan Muslimah.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

798 views