Senaman Ringkas Jaga Jantung

TIADA masa lapang atau sibuk dengan tugasan sepanjang hari bukan alasan untuk tidak melakukan senaman.

Menurut Pengurus Latihan Mega Lifesciences, Mary Chua, tidak menjadi masalah melakukan senaman ketika sibuk di pejabat atau mempunyai ruang kecil.

Baginya, senaman ringkas boleh dilakukan di pejabat yang hanya perlukan masa yang singkat.

“Hanya 15 hingga 30 minit, kita akan rasai kelainan selepas membuat gerakan ringkas terutama apabila letih di pejabat.

“Misalnya, lakukan sedikit gerakan untuk memberi kesihatan kepada jantung dan paru-paru bagi memastikan kita segar sepanjang hari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Untuk mereka yang baru pertama kali melakukannya, buat gerakan mengikut kiraan secara berperingkat bermula daripada lima hingga ke 10.

Elak melakukannya dalam keadaan kelam-kabut kerana kesan yang diterima berbeza berbanding gerakan secara tenang dan selesa.

Bagi memberi kesihatan kepada jantung dan memperbetulkan teknik pernafasan, Mary juga menunjukkan langkah mudah untuk dilakukan di mana saja.

“Ia mudah dilakukan dan untuk mereka yang baru pertama kali melakukannya, mulakan dengan kiraan lima.

“Kemudian, jika sudah biasa melakukannya, tambahkan kiraan sehingga menjadi 10 untuk mendapatkan teknik pernafasan dan membantu menyahtoksin,” katanya.

Selain itu, sesetengah senaman ringkas juga sebenarnya dapat membantu memberi kesihatan kepada jantung asalkan ia dilakukan dengan betul.

Di samping senaman, amalan pemakanan yang berkhasiat juga penting bagi menjaga kesihatan jantung justeru penting untuk mendapatkan sumber mikro nutrien.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

951 views