Sentuhan Moden

Walaupun fokus utama koleksi butik Aneesa Amani lebih kepada fesyen busana Muslimah, ia tetap diberikan sentuhan moden agar lebih relevan dengan perkembangan fesyen semasa.

Rekaan busana yang diketengahkan juga bersesuaian dengan situasi harian sama ada bergaya kasual untuk ke tempat kerja, santai atau menghadiri majlis formal.

Pemilihan koleksi pakaiannya menitikberatkan rekaan yang menutup aurat, labuh serta tidak terlalu ketat hingga menampakkan susuk tubuh.

Antara jenis kain yang menjadi pilihan utama butik berkenaan ialah lycra kerana selesa, juga bersesuaian dengan persekitaran setempat dan tidak terlalu panas untuk digayakan.

Selain itu, gaya potongan ekor ikan yang dipadankan dengan rekaan Muslimah menjadi pilihan butik berkenaan untuk koleksi penghasilan bajunya.

Corak digunakan kebanyakannya menampilkan bentuk paisley yang semakin mendapat permintaan daripada penggemar fesyen tempatan.

Di samping itu, konsep suai padan juga diberi perhatian kerana kini ramai memilih untuk mendapatkan baju dan dipadankan bersama kain atau skirt berlainan.

Sama ada ia dipadankan dengan kombinasi baju bercorak dan kain polos atau set busana bercorak berserta tudung polos, ia tetap memiliki kelebihan masing-masing.

Rekaan busana Muslimah disediakan termasuk baju kurung moden tetapi diolah mengikut peredaran fesyen terkini.

Ia juga tidak terhad kepada satu gaya kerana boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa dan kreativiti sendiri.

Malah, harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu antara RM55 hingga RM189.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

693 views