Serum Buluh Untuk Cantik

KECANTIKAN wanita Korea yang rata-rata memiliki wajah yang halus dan bersih sering membuatkan ramai wanita lain iri hati.

Mereka yang punya kulit wajah yang cantik sememangnya bertuah tetapi hakikatnya, ramai wanita yang mengalami masalah kulit pada wajah. Malah adakalanya penampilan kulit yang bermasalah ini juga boleh menimbulkan kesan emosi termasuk berasa rendah diri.

Bertemu dengan Pengarah Pemasaran The Face Shop Korea, Hee Jeong Kim ketika lawatan anjuran The Face Shop Malaysia, Hee menyifatkan wanita Korea mementingkan bahan penjagaan kulit berbanding rangkaian kosmetik.

Keadaan ini berbeza dengan wanita Asia lain yang rata-rata lebih memberi penekanan kepada produk kosmetik untuk kelihatan cantik.

“Penjagaan kulit tidaklah sesukar mana. Misalnya, amalkan pencucian muka sebanyak dua kali dan jangan sesekali tidur dengan bahan kosmetik pada muka.

“Bagi jenama ini pula, kami tidak menggunakan satu jenis serum wajah, sebaliknya menggunakan dua jenis serum bagi menghasilkan kesan yang maksimum.

“Serum ini sangat ringan dan dapat memberikan perawatan yang berkesan untuk membaiki masalah kulit. Selaras dengan tujuan itu, The Face Shop turut memperkenalkan serum Arsainte Eco-Therapy yang diperbuat daripada buluh.

“Penggunaan bahan itu membolehkan teksturnya lebih mudah diserap dan menembusi ke dalam kulit serta berfungsi lebih baik daripada pelembap biasa,” katanya.

Untuk hasil berkesan, biarkan serum pada muka selama lima minit sebelum menggunakan pelembap untuk penyerapan maksimum.

Bersama-sama serum ini, terdapat lima rangkaian produk lain dalam Arsainte Eco-Therapy termasuk krim Vitalist dan pembersih muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan kering.

Selain itu, rawatan wajah dengan membuat senaman muka juga dapat memperbaiki pengedaran darah, sekali gus meredakan tekanan serta merangsang pengaliran oksigen pada bahagian kulit muka.

Hee berkata, penggunaan penyegar juga amat penting dalam penjagaan kulit kerana penyegar dapat menghapuskan sel kulit mati dan berfungsi sebagai pembersih.

“Pilih penyegar yang sesuai dengan kulit. Kami memperkenalkan pelbagai penyegar yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti Marine Stem Cell Revive Mist dan Pore Minimizer Controlling yang didatangkan dengan bedak bagi memberikan kesan berlainan mengikut jenis kulit.

“Kami turut mempraktikkan penggunaan lulur wajah. Malah bagi mereka yang inginkan lulur diperbuat daripada bahan asas soya, Nature’s Gifts Soybean Firming sesuai untuk semua jenis kulit serta sesuai untuk wanita yang menjangkaui umur menopaus,” katanya.

Mengenai penjagaan badan, Hee menyarankan produk melulur badan, Eau de L’ame untuk membersihkan kotoran dan sel mati pada permukaan kulit.

Bagi memenuhi permintaan wanita pada usia seawal 20-an, pihaknya memperkenalkan produk kecantikan Studio 20 yang sesuai untuk kulit yang masih muda.

“Produk yang sesuai untuk wanita berumur 20-an termasuk Clean Face Anti-Trouble Healing Spot , krim BB Lovely Meex Honey Spf20, lulur Baby Face Sleeping Massage Pack dan lulur Baby Face Hidrogel yang boleh didapati pada harga yang berpatutan.

“Studio 20 juga memperkenalkan beberapa bahan kosmetik seperti penggaris mata Lovely Meex , salap bibir Lovely Meex Tint dan pengilat kuku Lovely Meex yang sesuai untuk generasi muda,” katanya.

Menurut Hee, rangkaian produk jenama terbabit menduduki tangga pertama dalam rangkaian produk kecantikan dan kosmetik di Korea. Ia memiliki rangkaian di lebih 23 negara dengan 1,300 kedai.

The Face Shop Malaysia pula membuka rangkaian pertamanya di negara ini pada 2006 dengan kedai pertama di pusat beli-belah Mid Valley. Sehingga kini, lebih 44 kedai sudah dibuka di seluruh negara dan dijangka pembukaan beberapa kedai lagi sebelum hujung tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,759 views