Solekan Mata Sedondon Busana

Jika kena dengan teknik yang sesuai, solekan ringkas masih mampu membangkitkan seri wajah biarpun hanya mengenakan mekap nipis.

Paling penting, anda perlu memilih rona sesuai dengan kulit kerana ia dapat membantu menyerlahkan keanggunan dan kecantikan.

Solekan pada asasnya sama saja kerana tujuan utama adalah untuk menyerlahkan penampilan. Namun, paling penting, pemilihan rona solekan yang boleh memberikan warna sesuai dengan kulit seterusnya membuatkan wanita kelihatan anggun dalam apa jua acara dihadiri.

Untuk solekan bagi menghadiri majlis makan malam pula, fokus utama solekan adalah di bahagian mata, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati.

Tumpuan warna solekan di bahagian mata biasanya dipilih berdasarkan pakaian digayakan agar sedondon dan menarik.

Solekan mata yang menarik bukan saja menaikkan seri penampilan di malam hari, malah dapat menawan hati sang jejaka yang memandang.

Kebiasaannya, untuk solekan majlis malam hari, ia menggunakan adunan warna agak terang serta kombinasi banyak warna untuk membalikkan cahaya.

Bagi melengkapkan solekan, gunakan maskara untuk menyerlahkan penampilan. Di samping itu, garisan penggaris mata juga mampu menutup kekurangan serta mengemaskan adunan warna.

Paling mustahak, jangan lupa untuk sapukan pembayang mata rona gelap di beberapa tempat seperti tulang pipi dan hidung untuk memberi ‘bayang’ kepada solekan yang lebih menarik.

Berikut teknik langkah demi langkah solekan untuk majlis malam hari daripada jurusolek berpengalaman, Shaidatul Akhma Ramlan yang boleh dijadikan panduan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,855 views