Sukar Pilih Busana Pengantin
Hari paling dinanti bakal tiba dan segala persiapan menjelang hari bahagia itu menuju ke fasa akhir. Memilih busana pengantin antara tugas paling sukar bagi bakal mempelai dan seakan-akan hilang bebanan di bahu kala selesai proses pemilihan itu.
Biasanya pemilihan fabrik dan rekaan busana adalah perkara akhir dalam senarai persiapan perkahwinan, malah ramai bakal pengantin meletakkannya dalam senarai teratas sebelum merancang perkara lain.
Justeru, tidak hairanlah mengapa kebanyakan pengantin terutama wanita agak cerewet dan terlalu memilih apabila membabitkan pakaian yang akan digayakan.
Dari satu segi, sikap berkenaan perlu, tapi jangan keterlaluan kerana ia boleh menyebabkan pemilihan akhir tidak kena dengan kehendak dan keinginan diri.
Bagi Euro Moda Gulati’s, apa jua yang diimpikan sama ada jenis fabrik dan rekaan perlu sesuai dalam menata gaya keseluruhan.
Meskipun terhidang pelbagai pilihan di depan mata, bakal pengantin perlu mengenal pasti terlebih dulu jenis material yang ingin digunakan agar kelak ia cantik melekap di tubuh.
Seiring peredaran trend terkini, rekaan baju pengantin menggunakan kain polos kini tidak lagi disertakan dengan perincian renda sepenuhnya. Sebaliknya ia dijadikan baju dua lapisan yang menampakkan ciri berbeza dalam satu busana yang sama.
Rekaannya yang ringkas pula membolehkan pengantin menggayakannya dengan cara berlainan mengikut kesesuaian.
Malah, gaya potongan gaun labuh moden serta kurung moden turut dipelbagaikan dalam setiap rekaan untuk menyerlahkan kelebihan dan keunikannya.
Pada masa sama, keunikan busana pengantin itu sendiri bukan saja terletak pada rekaan, malah perinciannya turut memainkan peranan dalam memastikan gaya raja sehari itu lebih menonjol ketika majlis berlangsung.
Sebagai contoh, perincian manik, labuci atau kombinasi mutiara pada lembaran fabrik jenama terkenal seperti Elie Saab dan Zuhair Murad, yang boleh didapati di cawangan Euro Moda Gulati’s, berupaya memberi impak estetika eksklusif pada si mempelai.
Tidak ketinggalan fabrik mewah dari Eropah iaitu renda Perancis yang kini mendapat tempat dalam banyak rekaan busana pengantin.
Untuk kelainan, jenama terkenal seperti Solstiss, Sophie Hallete dan Beauvillain Davoine didatangkan khas dengan rekaan fabrik lembut bertatahkan kilauan batu swarovski serta perincian manik dan mutiara yang unik.
Bagi pengantin Muslimah, butik Aalia di bawah kendalian Euro Moda Gulati’s ada menghidangkan variasi tudung yang menepati tema hari bahagia itu.
Dengan lebih 200 rekaan terkini antaranya selendang Sofea, layah dan tudung sifon Ryana, butik Aalia ibarat pusat sehenti untuk keperluan hijab pengantin.
Layah eksklusif dengan tampalan renda mahupun tatahan manik dan batu swarovski sering jadi pilihan sementara fabrik sifon diberi keutamaan kerana jenis
materialnya yang mudah dibentuk dan selesa dipakai mengikut cuaca tempatan.
Selain sifon, lycra juga salah satu fabrik yang sesuai untuk dijadikan tudung dan selendang kerana tidak panas dan selesa dipakai.
Majoriti fabrik itu pula diimport dari Itali dan Korea Selatan, sekali gus menjanjikan kualiti tinggi pada harga berpatutan.
Tanpa mengenepikan keperluan pengantin lelaki, Euro Moda Gulati’s menyediakan koleksi khas untuk si jejaka dengan potongan formal serta rekaan corak batik satin Italian Chamuse daripada jenama Gianni Versace.
Fabrik lasak daripada Valentino dan Ermenegildo Zegna pula sesuai dijadikan sut dan tuksedo, selain pakaian siap daripada koleksi Uomo terdiri daripada sut, tuksedo, rompi, kemeja dan tali leher.
Layari laman Facebook Euro Moda Gulati’s di www.facebook.com/euromodagulatisfanpage untuk maklumat lanjut dan promosi terkini.