Susu Kacang Soya Lebih Banyak Kalsium

Apa yang kita inginkan dalam setiap gelas minuman? Adakah gabungan khasiat protein, serat, kalsium, vitamin, mineral dan asid lemak saja yang diperlukan? Atau kandungan unik yang dapat membantu merendahkan kolesterol dan bahan antioksida?

Kini semua khasiat itu boleh didapati dalam minuman susu kacang soya FN Nutrisoy. Berbanding minuman kacang soya biasa, Nutrisoy ditambah baik dengan sembilan kali lebih kalsium selain diperkaya vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium bagi tulang yang lebih kuat.

Protein soya tidak ketinggalan membantu membina dan menggalakkan pertumbuhan tisu dalaman tubuh.

“Susu kacang soya bukan sekadar minuman enak yang diminum bersama makanan atau dinikmati ketika bersantai.

“Setiap gelas susu kacang soya yang diminum boleh menjadi asas kesihatan kita,” kata Ketua Pembangunan Jenama Serantau (Minuman) FN Jenny Wong.

Susu kacang soya dengan kalsium baru ini memberikan rasa lebih enak seterusnya ditambah kalsium, vitamin D dan nutrisi lain yang memberi tenaga untuk melakukan aktiviti harian

Minuman ini juga tidak mengandungi kolesterol dan kurang manis, menjadikannya pilihan untuk mereka yang ingin menikmati gaya hidup sihat.

Menariknya, Nutrisoy ini bebas lakstosa. Justeru, ia alternatif terbaik bagi menggantikan susu lembu mengandungi laktosa tinggi dan kurang sesuai bagi mereka yang mengalami alahan tertentu.

Dianggarkan 90 peratus penduduk Asia mengalami alahan pada laktosa. Keadaan ini membuatkan ketidakmampuan tubuh untuk mencerna susu kerana kekurangan enzim laktase.

Sebagai alternatif, Persatuan Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan pengambilan protein soya sekurang-kurangnya 25 gram dalam hidangan harian berikutan ia membantu mengurangkan kolesterol serta risiko penyakit jantung.

Kacang soya berasal dari benua Asi dan ditanam seawal tahun ke-11 sebelum Masihi di China, diikuti Jepun, India dan Asia Tenggara pada kurun ketujuh Masihi.

Selepas itu, ia mula ditemui di Eropah dan semakin banyak didapati menjelang kurun ke-18. Namun, hanya pada kurun ke-20 barulah khasiat kacang soya diketahui dan dihargai penduduk benua Amerika.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,749 views