Air Mata Ke Dewan Bedah
HANYA kerana mahu mendermakan sebelah buah pinggang kepada suami yang bertarung nyawa kerana kedua-dua buah pinggangnya rosak, Junedah Othman, 55, terpaksa ‘berperang dengan emosi’ dengan doktor pakar sakit jiwa yang mahu menguji sejauh mana keikhlasan hatinya menderma buah pinggang. “Hendak beri buah pinggang pada suami pun kena jumpa pakar sakit jiwa padahal saya masih waras [...]