Tandas Kering, Lebih Bersih

MASIH segar lagi dalam ingatan, tatkala mendaftarkan diri sebagai pelajar darjah satu, perkara pertama yang dilakukan selepas beratur di luar bilik darjah apabila guru membawa pelajar melawat ke kawasan persekitaran sekolah.

Selain perpustakaan, makmal komputer, makmal sains dan bilik muzik, tandas tidak terkecuali daripada senarai tempat ‘wajib’ dijenguk dan diketahui pelajar.

Bukan apa, tujuannya untuk memudahkan pelajar mengetahui lokasi mereka untuk melepaskan ‘hajat’ dan tidak akan menyusahkan tenaga pengajar kelak.

Sambil itu, sempat juga guru kelas menerangkan mengenai kepentingan tandas dan cara menjaganya agar ia sentiasa berada dalam keadaan bersih serta berbau harum.

Seperti juga manusia yang mahu sentiasa kelihatan bersih, cantik dan menarik, aspek itu turut harus diterapkan dalam diri kita terutama apabila berbicara mengenai kepentingan penjagaan tandas sama ada di rumah, sekolah mahupun tandas awam.

Menyentuh mengenai kebersihan tandas, senario yang selalu dapat disaksikan di negara kita adalah lantai kawasan sekitar tandas yang bertakung air dan tisu tandas yang banyak digunakan.

Tetapi ia berbeza di Korea Selatan atau Jepun yang menggunakan teknologi dalam evolusi rekaan tandasnya untuk mengurangkan pembaziran air serta menjimatkan penggunaan tisu tandas. Di samping itu, ia juga bermatlamat memperkenalkan dan mendidik amalan budaya tandas kering di sana.

Di Jepun misalnya, mereka menghasilkan teknologi yang memberi manfaat kepada manusia khususnya masyarakat negara berkenaan bagi mengelakkan pembaziran serta menyalurkan najis kepada sistem lebih baik.

Reka cipta mereka memerlukan pengguna duduk di atas tandas dan selepas selesai membuang air besar, mereka dikehendaki menekan butang dan air akan terpancut untuk membersihkan bahagian sulit yang kotor.

Boleh dikatakan, penggunaan tandas sedemikian yang dianggap moden kini digunakan secara meluas di Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Korea Selatan, sesuai bagi mereka yang mementingkan aspek kebersihan tandas.

Seperti di Korea Selatan, mereka terdedah dengan perkara ini sejak 1997 lagi apabila projek tandas cantik di bandar Suwon dilancarkan bagi membudayakan cara hidup rakyatnya yang mengutamakan kebersihan tandas.

Promosi terbabit berjaya membuatkan 1.1 juta penduduknya mengubah cara hidup mereka menggunakan tandas cantik dan bersih menerusi sistem dikenali sebagai bidet.

Bagi memberi kepuasan kepada rakyatnya ketika menggunakan tandas awam yang ada, pihak kerajaan turut menyediakan kemudahan tandas yang lengkap dengan hiasan lukisan di dinding, hiasan bunga, malah boleh mendengar alunan muzik ketika berada di dalam tandas.

Kebanyakan orang pasti berfikir dengan menggunakan tisu tandas, mereka sudah bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran. Namun, itu hanya pada pandangan mata kasar.

Hakikatnya, ia tidak boleh membersihkan bahagian sulit kita de ngan sempurna kerana virus, bakteria, jangkitan penyakit atau najis masih boleh kekal melekat di liang roma ketika penggunaan tisu tandas berkenaan yang tidak mesra alam.

Kini, pelbagai penyakit berkaitan dubur dan rektum tidak lagi menjadi perkara yang memalukan kerana topik berkenaan semakin disedari ramai.

Masalah penyakit sebegini sebenarnya boleh dicegah menggunakan cara pembersihan hidraulik seperti yang diperkenalkan pengeluar dan pengedar barangan keperluan rumah terutama penapis air dan pembersih udara dari Korea Selatan, Woongjin Coway (Coway).

Memperkenalkan tandas digital yang bersih menerusi Coway Bidet di negara ini, selain bersandarkan kepada kecanggihan teknologinya, ia juga mementingkan keperluan dan gaya hidup masyarakat setempat.

Pengarah Urusan Woongjin Coway (Malaysia) Sdn Bhd, James Park Jae Yong berkata, sebagai sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi, pihaknya amat memahami kepentingan penggunaan air ketika proses penyucian diri.

“Saya tahu, orang Islam mesti menggunakan air untuk membersihkan diri terutama bahagian sulit selepas membuang air kecil atau air besar. Justeru, negara ini terpilih sebagai sebuah lagi negara pasaran Coway Bidet.

“Kami mahu mengenalkan sesuatu yang praktik dan mudah digunakan dalam kehidupan melalui perkembangan teknologi yang terdapat pada Coway Bidet. Di samping dapat menyucikan diri dengan bersih, pada masa sama, kita juga boleh mengekalkan kebersihan tandas.

“Antara reaksi yang saya dapat melalui pengguna beragama Islam ialah mereka tetap akan menggunakan tangan apabila mencuci bahagian sulit kerana sudah menjadi kebiasaan dan amalan. Pada saya, tidak mengapa kerana ia akan menjadi lebih bersih,” katanya.

Mempunyai ciri-ciri seperti penyembur keluli tahan karat, penyembur penyucian sendiri, kawalan posisi penyembur dan penapis air nano perak seramik yang boleh berfungsi dengan menekan butang menggunakan hujung jari saja, bidet meningkatkan prestasi pembersihan.

Selain membersihkan dengan lebih sempurna, membasuh bahagian sulit menggunakan air juga akan menyebabkan kulit kita lebih lembut dan membantu mengelakkan buasir.

Masalah buasir atau hemorrhoids terjadi apabila saluran darah yang terletak di hujung sistem pencernaan atau lubang dubur mengalami radang dan membengkak.

Mungkin tidak ramai yang menyedari ada banyak saluran darah pada bahagian dubur yang terdedah dengan pelbagai bentuk kecederaan seperti keradangan dan bengkak.

Evolusi budaya tandas berkembang daripada mengelap sehingga membasuh untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan. Seperti evolusi manusia, begitu juga dengan budaya tandas.

Dulu, ia bermula dengan tangan, daun, kertas, tisu tandas dan kini semua evolusi berkenaan disatukan serta digantikan dengan Coway Bidet menerusi teknologi canggih yang diserapkan ke dalamnya.

Malah, seperti yang dinyatakan terdahulu, alat ini adalah sesuatu yang mesti digunakan di setiap rumah untuk kehidupan seharian.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,179 views