Tekankan Teknik Pembayang

PEMAKAIAN mekap yang sempurna dipengaruhi pelbagai faktor. Bagi mereka yang memiliki raut wajah cantik, mudah saja menonjolkan kelebihan mekap digayakan.

Namun, bagi mereka yang berasakan diri kurang ‘sempurna’, penggunaan mekap mungkin juga dianggap sesuatu yang membazir.

Apapun, sesiapa saja boleh mengenakan mekap jika menggunakan teknik pemakaian mekap yang betul kerana ia boleh menyembunyikan segala kekurangan.

Justeru, antara teknik yang paling ditekankan ketika bermekap ialah pembayang (shading) kerana sekiranya ia disapukan dengan betul, bentuk wajah bulat kelihatan lebih tirus disebabkan ilusi penggunaan teknik terbabit.

Teknik pembayang ini juga digunakan untuk menonjolkan ilusi hidung lebih mancung. Secara umumnya, teknik ini biasanya digunakan untuk memperbaiki kekurangan bahagian sedia ada pada wajah.

Cara melakukan teknik ini cukup mudah, tetapi harus diingat, jika dilakukan dengan cara yang salah, ia mungkin memberi kesan kurang menyenangkan pada gaya mekap.

Perkara asas yang perlu dipertimbangkan ialah warna pembayang iaitu warnanya lebih gelap daripada warna kulit. Untuk membuatkan muka kelihatan tirus, ia perlu disapu di bahagian bawah tulang pipi.

Untuk menonjolkan bahagian hidung pula, pembayang perlu disapu pada tepi tulang pipi kiri menggunakan gerakan dari atas ke bawah di kiri dan kanan sebelum diratakan.

Tip asas teknik solekan:

Perlu memiliki beberapa bahan asas solekan seperti bedak asas, pembayang mata, maskara/ pensel liner/ penggaris cecair, pemerah pipi serta gincu.

Apabila ingin mengenakan mekap pastikan wajah bersih bebas daripada peluh dan minyak bagi mengekalkan mekap untuk tempoh lama.

Pilih bedak asas bersesuaian dengan kulit antaranya bedak dwi guna, bedak padat, bedak cair serta bedak jenis krim.

Elakkan sapuan dengan gerakan ke bawah. Sebaiknya gunakan gerakan sapuan menghala ke atas atau ke luar bagi memberikan kesan penggayaan mekap kelihatan lebih muda.

Elakkan gaya mata smokey bagi mereka yang memiliki bentuk mata besar kerana ia membuatkan wajah kelihatan lebih garang.

Terima kasih:

Butik Pengantin Tressour Collection Sdn Bhd

21-2, Jalan Dataran Selayang 1, Dataran Selayang, Batu Caves
Selangor

www.tressour.blogspot.com l www.tressourcolection.com l Facebook – www.facebook.com/tressour

Model: Nadia Baharudin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/14

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

998 views