Tengok Bentuk Badan

Bagi menghasilkan busana perkahwinan yang indah dan sempurna, antara perkara perlu dikaji adalah bentuk badan pemakai. Ia sememangnya perkara paling utama sebelum menempah busana perkahwinan, bukan sekadar memilih busana atas dasar cantik di mata saja.

Pengantin seharusnya perlu mengetahui kesesuaian warna dan rekaan supaya tampil cantik dan elegan menjelang hari bahagia.

Setiap busana yang indah dan cantik juga lazimnya mempunyai sulaman serta perincian halus sama ada bunga atau batu permata yang menambah seni busana.

Di samping itu, pemilik Sola Wedding Couture Solahhuddin Hanafi mengakui warna juga memainkan peranan penting untuk menambah pesona pengantin.

Menerusi rekaannya, dia memilih warna pastel kerana lebih lembut dan sesuai digayakan setiap mempelai apatah lagi warna sedemikian tidak lapuk ditelan zaman.

Warna pastel yang sering digunakan ialah putih, kuning kemerah-merahan, biru muda dan merah jambu lembut.

Setiap busana juga menitikberatkan kesenian, harmoni dan keseimbangan bagi setiap olahan rekaan busana perkahwinan.

Busana tidak perlu terlalu sarat dengan batu permata dari atas hingga ke bawah kerana ia mencacatkan kecantikan busana.

Antara fabrik pilihannya pula terdiri daripada sifon yang dilapisi sutera crepe juga renda yang bercirikan kemewahan potongan duyung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Layari www.facebook.com/sola wedding-couture.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,738 views