Terpesona Lirikan Mata

~li~

SEBELUM…wajah Hilany sebelum menggunakan mekap.

UKUR…untuk menentukan kedudukan alis agar sepadan dengan simetri wajah, ukur kedudukan sebenar bermula dari hujung dalam kening agar sekata dengan bibir.

SAPU…selesai merapikan kening, sapu bedak asas pada seluruh wajah untuk melindungi kesan jerawat atau parut.

TAMBAH…kemudian guna penyamar cela untuk menutup lingkaran gelap bawah mata serta kawasan bermasalah. Oles hingga rata. Kemudian sapukan bedak kompak. Untuk mekap lebih semula jadi, gunakan warna bedak asas lebih gelap dengan gabungan bedak berwarna cerah.

BENTUKKAN…lukis bentuk kening menggunakan penggaris pensel berwarna coklat. Jika menggunakan warna hitam, wajah kelihatan lebih garang.

WARNAKAN KELOPAK MATA…sapukan warna dasar pada kelopak mata sebelum gunakan pembayang mata hitam untuk menghasilkan gaya smokey. Campur beberapa warna pembayang mata seperti hitam, perak, biru gelap, coklat, emas, biru firus dan tembaga. Untuk menonjolkan tulang pipi, gunakan teknik pembayang. Akhiri dengan membentuk bibir dan gunakan gincu serta pengilat bibir agar kelihatan lebih mungil dan seksi.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

728 views