‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’

Dianggarkan kira-kira seorang daripada tiga orang dewasa mengalami gigi sensitif manakala sebahagiannya mengalaminya lebih kerap daripada yang lain.

Pakar bedah pergigian swasta, Dr Nedunchelian Vengu berkata, gigi sensitif boleh memberi kesan kepada sesiapa saja tanpa me-ngira usia dan jantina.

“Ia boleh terjadi disebabkan pendedahan secara sedikit demi sedikit di bahagian lembut gigi yang terletak di bawah enamel dipanggil ‘dentin’.

“Ini penyebab di sebalik rasa ngilu yang tidak menyenangkan dan meng-ganggu kehidupan harian kita setiap kali menikmati makanan atau minuman sejuk, panas, masam mahupun manis,” katanya.

Menurut kajian Ipsos mengenai Penggunaan Penjagaan Oral dan Sikap, lebih daripada 800 pengguna yang ditemu bual meng-akui, gigi sensitif adalah isu kesihatan oral nombor satu di Malaysia diikuti penyakit gusi dan kaviti.

Lebih membimbang-kan, kira-kira 80 peratus penghidap masalah ini memilih untuk menahan simptom yang dihadapi dalam diam.

Hasil kajian itu juga mendedahkan, lebih ramai penghidap gigi sensitif dalam kalangan wanita (51 peratus) berbanding lelaki (49 peratus).

Kira-kira 40 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan muda berusia antara 18 hingga 34 tahun. Dilaporkan sebahagian besar individu yang mengalami gigi sensitif tinggal di kawasan bandar dengan sebahagiannya di Kuala Lumpur/Petaling Jaya (50 peratus), Johor Bahru (13 peratus) dan kawasan lain (38 peratus).

Dari sudut etnik pula, kaji selidik itu mendedahkan lebih daripada separuh individu yang meng-alami gigi sensitif adalah Melayu (55 peratus), diikuti Cina (33 peratus) dan India (12 peratus).

Berdasarkan kajian berkenaan, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) melancarkan kempen Sensodyne ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’, baru-baru ini.

Kempen bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kelaziman masalah gigi sensitif di Malaysia di samping membantu masyarakat lebih memahami bagaimana gigi sensitif boleh menjejaskan kualiti hidup mereka.

Pengarah Pemasaran Kesihatan Pengguna GSK Malaysia, Katharine Chen berkata, selain penganjuran kempen berkenaan, jenama terbabit turut melancarkan Trak Ceria Aiskrim yang bertujuan mendekati 1.5 juta orang di negara ini melalui aktiviti asas di dalam kedai dan pengaktifan digital.

“Kami memperkenalkan pengalaman baru kepada pengguna dengan menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam Ujian Chill menggunakan aiskrim.

“Pendekatan interaktif ini membolehkan pengguna mengetahui jika mereka mempunyai gigi sensitif dalam hanya beberapa minit,” katanya.

Sepanjang kempen, jenama itu mengedarkan aiskrim percuma dan sampel produk setiap hari 4 hingga 19 September lalu di The Curve selain singgah di beberapa lokasi utama di Lembah Klang seperti pusat beli-belah 1 Utama, Sunway Giza dan Digital Mall.

Kempen yang mendapat kerjasama daripada Chatime Malaysia itu juga mengedarkan 100 baucar daripada syarikat peneraju minuman itu. Layari www.sensodyne.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

575 views