Wajah Lebih Muda

WAJAH yang halus dan gebu tanpa kehadiran jerawat dan liang pori yang besar menjadi idaman ramai wanita sekali gus membuatkan penampilan bertambah yakin serta sempurna.

Amalan penjagaan wajah yang betul dan penggunaan produk bersesuaian dengan jenis kulit pasti memberi kesan diingini berbanding mereka yang malas dan tidak berdisiplin.

Bertambah buruk apabila faktor lain seperti gaya hidup, alam sekitar dan tekanan mempengaruhi kehidupan selain perubahan hormon yang memburukkan lagi keadaan kulit.

Walaupun kulit mengalami perubahan secara semula jadi apabila menjengah usia remaja dan berterusan sehingga memasuki usia matang, pelbagai masalah timbul jika ia tidak dijaga dengan baik.

Ini termasuk masalah pori terbuka. Seseorang itu mempunyai lebih 300,000 liang pori pada wajah dan apabila usia menjengah 25 hingga 50 tahun, saiznya menjadi dua kali ganda lebih besar.

Selain berlaku secara semula jadi, faktor alam sekitar juga memainkan peranan penting kepada perubahan keadaan liang pori.

Misalnya, keadaan cuaca yang panas dan pencemaran alam sekitar boleh mencetuskan keradangan yang menyebabkan liang pori menjadi regang.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kulit mudah rosak, melemahkan struktur liang roma dan menyumbang kepada saiz yang lebih besar ditambah dengan tekanan dialami setiap hari.

Kulit mengendur berpunca daripada alam sekitar juga boleh menyebabkan liang pori terbuka membuatkan regangan jelas kelihatan pada wajah.

Pori terbuka juga berlaku kepada mereka yang mempunyai rona kulit tidak sekata dan berkilat. Bagi mengelakkan ia berlaku, penggunaan produk penjagaan wajah yang sesuai diperlukan untuk membantu mengurangkan masalah berkenaan bertambah serius.

Masalah kekeringan juga boleh menjadi penyumbang kepada punca liang pori terbuka. Proses kekeringan boleh merosakkan sel kulit yang akan meningkatkan jurang antara sel dan akhirnya liang pori tampak lebih besar.

Justeru, bagi membantu menyelesaikan masalah pori terbuka yang merosakkan penampilan, Clinique memperkenalkan Pore Refining Solutions Correcting Serum.

Serum yang boleh digunakan pada seluruh wajah atau hanya kawasan yang mempunyai masalah pori itu mengandungi pati bunga ros, asid ursolik dan polimer silikon.

Dihasilkan daripada formula Pore Resurfacing Complex, ia membantu menyokong dan menyihatkan kematangan sel kulit melalui pati tumbuhan padina pavonica.

Penggunaannya membantu mengimbangkan pengeluaran minyak dengan meminimumkan pengeluaran sebum melalui ekstrak laminaria saccharina untuk mengurangkan masalah kulit berminyak atau kering.

Kandungan protein soya dan asid kelapa juga membantu memberi keseimbangan pada sebum yang akan mengurangkan pori terbuka bagi memberikan kulit lebih muda.

Selain itu, kandungan asid salisilik dan acetyle glucosamine membantu menanggalkan kulit mati, kusam dan menjadikannya lebih licin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,048 views