Wajah Sentiasa Berseri
UNTUK tampil cantik menawan dengan wajah bersih berseri, golongan wanita tidak perlu lagi bersusah payah mendapatkan rawatan di luar negara kerana produk kecantikan berkualiti hasil buatan syarikat tempatan turut mampu membantu me nyelesaikan masalah dialami.
Ini kerana, dengan kewujudan teknologi canggih yang semakin berkembang, semuanya boleh dilakukan semudah di hujung jari saja.
Wajah bersih berseri pasti berkaitan dengan kulit tanpa sebarang cela seperti garisan halus, kedutan, jeragat, jerawat, kulit kusam, kurang anjal dan kesan parut yang menunjukkan sebahagian tanda awal penuaan.
Terbaru daripada Kumpulan Aivoria menerusi jenama kosmetik, Enuca, ia menampilkan rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri yang membantu memberi kejelitaan kepada wanita melalui penggunaan produk yang betul dan selamat.
Pengarah Urusan Kumpulan Aivoria dan Pengasas Enuca, Teo Ai Seong, berkata produk itu dihasilkan daripada inti pati rumusan dan ujian klinikal pelbagai negara menerusi rangkaian penjagaan kulit, diri dan kosmetik berkualiti.
“Kami bekerjasama dengan pihak makmal antarabangsa di Switzerland, Itali dan Jerman untuk melakukan proses ujian penyelidikan serta pembangunan. Hasilnya adalah Enuca yang sesuai digunakan ke atas kulit wanita Asia,” katanya mengenai produk bongsu keluaran kumpulan itu selepas Bonita, Elianto dan Tiamo.
Dengan produk kecantikan Enuca khas untuk rawatan kulit seperti Lift Me Up Serum, Light Me Up Serum, Soak Me In Serum, Clear Me Out Serum, Wake Me Up Eye Serum dan Sunblock Me SPF60 PA+++, ia membantu untuk membelai dan menyihatkan kulit yang sering terdedah kepada pencemaran dan kekotoran.
Lift Me Up Serum dihasilkan bagi menutup ketidaksempurnaan kulit wajah akibat kewujudan garisan halus dan kedutan. Selain itu, ia membantu untuk menegangkan dan memulihkan sel kulit serta melindungi wajah daripada radikal bebas berbahaya.
Dirumus dengan bahan semula jadi tumbuh aktif seperti sequoia, teratai biru dan argan, ia membaiki struktur kulit serta bertindak sebagai perisai perlindungan terhadap tekanan oksida.
Argan adalah tumbuhan unik dan kandungan antioksida vitamin E adalah tiga kali ganda lebih daripada minyak zaitun, di samping asid lemak utama omega bagi membantu masalah utama kulit seperti kering, berjerawat, jeragat, ton kulit tidak sekata dan kedutan serta garis halus.
Light Me Up Serum pula berfungsi mengurangkan bintik hitam, menghalang pigmentasi, mencergaskan semula dan menghidrat kulit wajah.
Bagi mendapatkan kulit sentiasa lembap dan anjal, Soak Me In Serum diperkaya dengan bunga mallow dan asid hyaluronic yang serta-merta menghidupkan semula sel kulit baru.
Manjakan kulit anda dengan usapan lembut Clear Me Out Serum yang ditapis dengan ramuan botani aktif dari Alps, Switzerland. Ia bertindak cepat melawan dan merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat. Serum ini juga membantu untuk mengurangkan saiz liang roma dan perlahan-lahan menanggalkan kulit mati bagi mendedahkan kulit yang lebih cerah berseri.
Wake Me Up Eye Serum pula mencergaskan kulit halus di sekitar mata yang mana abu ekstrak kulit kayu dan vitamin B3 akan memerangi bengkak dan lingkaran mata hitam. Sequoia, teratai biru dan argan yang terkandung di dalamnya boleh mengetatkan kulit serta merangsang metabolisma tenaga sel kulit.
Menerusi pemakaian Sunblock Me SPF60 PA+++ Enuca, ia meneutralkan radikal bebas untuk mengekalkan struktur kulit yang sihat agar sentiasa kelihatan muda berseri.
Untuk maklumat lanjut, layari www.enuca.com.