Waspada Simptom Awal H5N1

Selesema burung H5N1 ialah salah satu jenis virus dalam kumpulan virus jenis. Influenza A. Sebagai pengetahuan, virus H1N1 juga adalah satu daripada virus Influenza A. Oleh itu simptom awal kedua-duanya hampir sama. Baru-baru ini wabak virus H5N1 berjangkit terutamanya ternakan ayam.

Jangkitan ini hanya merebak dalam kalangan unggas dan sehingga kini, tiada jangkitan yang disebarkan ke manusia. Sehingga aritikel ini ditulis, masih tiada sebarang kes manusia dijangkiti virus H5N1 ini. Langkah yang baik telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan tiada penularan penyakit ke manusia.

Manusia juga tidak boleh dijangkiti dengan memakan daging ayam atau burung yang telah mati dan diproses dengan sempurna. Ia hanya menjangkiti apabila haiwan tersebut masih hidup. Walaupun masih tiada penduduk setempat yang dijangkiti, langkah perlu diambil di setiap sudut supaya jangkitan tidak disebarkan daripada unggas ke manusia.

Simptom awal perlu dikenal pasti supaya ia dapat dikesan awal dan tidak disebarkan ke individu lain. Simptom awal jangkitan selesema burung hampir sama dengan H1N1. Pesakit akan mengalami demam panas seawal hari pertama yang disertai dengan selesema dan batuk.

Bagi kanak-kanak, selera makan semakin berkurangan. Demam panas ini akan berulang untuk beberapa hari. Apabila rawatan awal tidak dimulakan, jangkitan akan merebak ke paru-paru. Jika dibandingkan dengan H1N1, jangkitan paru-paru akibat H5N1 ini lebih berbahaya dan lebih berisiko kematian akibat jangkitan paru-paru.

Kematian akibat dehidrasi juga boleh berlaku jika pesakit tidak minum banyak air sewaktu demam. Selaras dengan evolusi dan teknologi kesihatan, ubat antivirus untuk melawan jangkitan Influenza A sudah lama berada di hospital. Beberapa hospital swasta juga mempunyai antivirus ini yang boleh diberikan kepada pesakit yang dijangkiti.

Ia akan diberi untuk lima hari bagi memastikan pesakit bebas daripada jangkitan. Akan tetapi, ujian pengesahan sampel hidung akan diambil. Selain itu, ujian darah juga mungkin dijalankan untuk memastikan demam itu tidaklah disebabkan oleh jangkitan lain. Ujian sinaran X paru-paru juga boleh dijalankan jika perlu.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

227 views