Archive for the 'Penyakit' Category

Usah 'fitnah' Santan!

‘JANGAN guna santan segar dalam masakan kerana ia mengandungi kolesterol yang boleh menyebabkan masalah kesihatan’.Ini antara ayat popular yang sering dikaitkan dengan santan segar membuatkan ramai mempercayainya.Hinggakan ada sanggup beralih kepada penggunaan santan kotak yang disangka tiada kandungan kolesterol.Tidak kurang juga ada yang memilih menggunakan susu bagi menggantikan santan segar    .. more …

Salah Faham Terhadap Vaksin

PROGRAM vaksinasi Covid-19 sudah bermula pada 24 Februari lalu, tetapi salah faham masyarakat terhadap vaksinasi masih mendalam. Pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menangkis salah faham itu. Pada Disember lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan satu kaji selidik untuk mengetahui tahap kesediaan rakyat negara ini dalam pengambilan vaksin berkenaan. Hasil kaji selidik mendapati    .. more [...]

Dua Jenis Rawatan Dialisis

SERING kali kita didedahkan dengan laporan kematian disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Ini menggambarkan betapa pentingnya fungsi organ itu kepada manusia untuk meneruskan kehidupan. Fungsi utama buah pinggang ialah membersihkan darah, membuang sisa toksik dan bahan kimia lain yang tidak diperlukan badan. Malangnya, penjagaan kesihatan buah pinggang semakin diabaikan menyebabkan jumlah    .. more …

Pembedahan Bariatrik Kian Popular

PEMBEDAHAN bariatrik yang dianggap sebagai pembedahan kosmetik kini semakin menjadi pilihan sebagai rawatan klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.Sebenarnya, prosedur ini bukan saja boleh mengatasi masalah obesiti, tetapi turut memberikan manfaat daripada sudut kesihatan.Ini kerana keberkesanannya membantu golongan itu pulih daripada penyakit metabolik seperti darah    .. more …

Covid-19, Vaksin & Konspirasi

Banyak khabar angin mengatakan Covid-19 adalah pandemik yang dirancang, kononnya juga konspirasi untuk mengurangkan populasi dunia. Turut dikaitkan ialah pembangunan teknologi mudah alih generasi kelima (5G) dan cip nano dalam penghasilan vaksin Covid-19. Teknologi 5G didakwa mendedahkan masyarakat pada risiko penyakit iaitu barah manakala cip nano dalam vaksin pula untuk mengesan kedudukan    .. more [...]

Bunuh 99.99% Virus SARS-CoV-2

Berkumur dengan cecair antiseptik boleh mengurangkan risiko seseorang dijangkiti virus penyebab Covid-19. Selain itu, ia juga menghalang seseorang daripada menyebarkan virus Covid-19 kepada individu lain. Ia boleh dilakukan selepas pulang dari tempat berisiko seperti pasar dan tempat kerja. Ini boleh membantu menghindarkan golongan berisiko seperti warga emas dan pesakit kencing manis mendapat    .. more [...]

Keajaiban Perubatan Moden

KEJURUTERAAN tisu dan perubatan regeneratif berpotensi menyembuhkan sesuatu penyakit dengan pendekatan pemulihan, mengekal, memperbaiki atau menggantikan tisu asal anggota badan yang rosak. Ia adalah salah satu daripada keajaiban perubatan moden dan termaju yang semakin mendapat perhatian dalam bidang perubatan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam    .. more …

Patuh SOP Kala Banjir

BANJIR yang melanda beberapa negeri ketika gelombang ketiga pandemik Covid-19 adalah cabaran besar buat Malaysia. Ini kerana, bilangan kes positif pandemik berpotensi meningkat sekiranya mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan petugas tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Jika ia berlaku, ia akan melambatkan lagi usaha Malaysia untuk bebas daripada pandemik ini.    [...]

Covid-19: 5 Tahap Rawatan

SEPANJANG lebih setahun pandemik Covid-19 ‘menguasai’ dunia, lebih 95 juta warga global dijangkiti virus itu malah turut merekodkan hampir 2.1 juta kematian. Terkini, mutasi baharu virus Covid-19 menyebabkan pesakit yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala. Pakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, pengurusan dan perawatan pesakit jangkitan    .. more [...]

Ambil Vitamin K Secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan Alzheimer. Walaupun kekurangan vitamin K jarang berlaku, pengambilannya yang kurang daripada jumlah diperlukan boleh menjejaskan kesihatan pada masa akan datang. Antaranya boleh menyebabkan pendarahan,    .. more …

Kesakitan Kronik

DIANGGARKAN 15 hingga 20 peratus atau enam juta penduduk di Malaysia mengalami kesakitan kronik. Malah mereka juga hidup dalam kesakitan puluhan tahun lamanya kerana menyangka kesakitan ini sebahagian daripada lumrah hidup disebabkan faktor usia. Tanggapan ini salah kerana sebenarnya kesakitan kronik boleh dirawat bagi mengurangkan tahap kesakitan dialami pesakit. Ketua Pusat Kesakitan Kronik dan    [...]